Apa itu Penyakit Mental??
Pernahkah korang semua mengalaminya???
Kalau Faiz,sudah semestinya ea.
Lebeyh-lebeyh lagi bila kawan Faiz yang kira forever n ever nie da menuju ke rahmatullah..
Sedeyhh teramat.. :(
Bagi mereka-mereka yang nak tahu apa itu PENYAKIT MENTAL tu apa,jangan terlepas article yang Faiz sediakan ini ea.. (without copy kat mana2 website.Juz based on Biology's Book) ~hehe
Penyakit mental adalah suatu penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran,perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.
Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysiapada tahun 1996 mendapati hampir 11.1 % daripada golongan dewasa Malaysia pengalami masalah mental.
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020,penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.
Adakah semua penyakit mental serupa?
~Penyakit mental bukanlah hanya sejenis penyakit sahaja.Ia terdiri dari pelbagai kategori penyakit.Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama;
*Neurosis
Mereka yang tergolong didalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan gangguan didalam pemikiran,perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan kewarasan mereka.
Individu yang mengalami penyakit Neurosis selalunya sedar akan keadaan kesihatan mereka.Fungsi harian mereka mungkin terganggu sedikit.Antara contoh penyakit Neurosis adalah seperti yang tertera dibawah nie :
>Kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan berpanjangan.Sedih adalah perasaan yang sering kita alami.Akan tetapi jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu serta mengganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih lazim tetapi penyakit kemurungan.
>Penyakit ini digejalai oleh perasaan bimbang,resah dan gelisah.Seseorang itu akan merasa tertekan,tegang,berpeluh,berdebar - debar dan berasa takut melampau akan bahaya yang mereka tidak ketahui puncanya.
*Psikosis
Mereka yang mengalami penyakit psikosis mengalami perubahan yang amat ketara didalam pemikiran,perasaan dan tingkah laku mereka.Kewarasan mereka juga terjejas.Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka.Ia dikenali sebagai Halusinasi. Mereka juga mempunyai kepercayaan yang pelik yang tidak dikongsi oleh orang lain dan menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan.Ia dipanggil Delusi.Antara contoh delusi ialah ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang disyakinya secara membahayakan.
Mereka mungkin bercakap dengan merapu / mengarut,berkelakuan aneh seperti bercakap seorang ,ketawa atau marah dengan tiada sebab.
Contoh psikosis yang sering dialami adalah :
Schizophrenia ;
Antara ciri utama ialah ~ halusinasi,delusi,kecelaruan pemikiran,kecelaruan pertuturan dan tingkah laku.Prestasi kerja mereka juga akan merosot dengan ketara.
Kecelaruan manik-depresif ;
Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan ketara dari segi emosi.Mereka sering hilang kawalan dan menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa kemurungan).
*Kecelaruan Personaliti
Secara asasnya kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau karakter.Masalah yang dialami ini boleh memberi kesan kepada perhubungan interpersonal dengan orang sekelilingnya.
Apa yang menyebabkan berlakunya penyakit mental ini??
~Penyebabnya tidak diketahui denganb tepat.kajian masih dijalankan untuk memperincikan punca sebenar penyakit ini.Namun terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya penyakit mental ini.
a) faktor Genetik / Keturunan ( VARIATION)
Ahli didalam keluargayang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.
b) gangguan Bahan Kimia dalam Otak
Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik,gejala penyakit mental akan muncul.Sebagai contohnya :
^Schizophrenia ; Penghasilan dopamin secara berlebihan
^Kemurungan ; Paras serotonin terlalu rendah
^Mania ; Paras serotonin telalu meningkat secara berlebihan
^Kebimbangan ; Terdapat ganggaun didalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin
c) jangka virus
Mengikut kajian ada penyakit akibat virus telah dikaitkan dengan kemuculan penyakit mental.
d) sejarah hidup yang getir
For Example ; mngalami proses kelahiran yang sukar,kehilangan ibu bapa semasa kecil,terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang sukar.
e) keadaan sosioekonomi yang rendah
Faktor kemiskinan,tiada kemudahan asa atau keganasan didalam masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental
Bolehkah penyakit mental ini diubati???
+jawapan-Nya 'Ya'
+Kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubat yang lebih berkesan dalam merawat segala penyakit.
+Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa sebelum kesan positifnya boleh dilihat.Kesabaran meneruskan pengambilan ubat secara konsisten amat menggalakkan.
+Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling,psikoterapi,terapi kognetif,tetapi berkelompok dan pemuihan cara kerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.
p/s ; Mungkin sometimes kita tak sedar yang kita dah terjebak dengan penyakit ini.Kepada mereka-mereka yang terasa yang dirinya mempunyai masalah mental,korang jangan ego dengan mengatakan diri korang sebenarnya sihat sebab kebanyakkan mereka-mereka yang ego itu sebenarnya lebih berisiko untuk mendapat kesan-kesan sampingan penyakit mental.Becoz of that,korang cepat-cepatlah rujuk diri korang kat semua hospital dan klinik yang ada didalam Malaysia ini k.Kalau susah sangat,Faiz cadangkan korang pergi aje jumpa pakar psikiatri.Lagi senang gitu!!
0 comments:
Post a Comment