Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam 1 Malaysia,
dan Salam Seantero Dunia...
Ello readerz,Faiz nak tanya korang larhh,korang semua nih percaya ker HANTU???
Ceciter ciket???
Ishhh,kalau Faiz arhhh,jangan tanya lelebih la...
Kompem ntah sedangkan Faiz agak keliru maksud Samiat dengan HANTU
Tapy,Faiz faham pendapat Faiz dengan korang lain2...
Thats why Faiz nak kongsi ilmu dan pendapat ngan korang...
Salah silap minta ditegur ea...
Baca Article dibawah sampai habis ea..., THANX !!!
Maksud "HANTU" melalui Ensiklopedia Bebas;
---kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini.
Dalam masyarakat Melayu hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami jin penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai pawang bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.
Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha, konsep penunggu dan jembalang diubah menjadi konsep dewa-dewa yang mendiami tempat-tempat tertentu. Bagi menghormati dewa-dewa ini, kuil-kuil dibina ditempat-tempat tersebut dengan tujuan pemujaan bagi mendapatkan per. Keadaan ini tidak berubah dengan kedatangan orang-orang Cina yang juga mendirikan tokong kecil di bawah pokok atau tempat tertentu bagi mendapatkan bantuan tuah kepada mereka.
Jenis-jenis hantu;
- Pontianak/ Puntianak/ Kuntilanak
- Polong
- Toyol
- Pelesit
- Hantu Air/ Hantu Laut
- Hantu Raya
- Hantu Bungkus/ Pocong/ Hantu Punjut
- Langsuir
- Bota
- Bajang
- Bunian
- Hantu Jepun
- Hantu Bukit
- Hantu Kubur
- Pari-pari
- Jerangkung
- Hantu Galah
- Jin Tanah
- Hantu Keramat
- Hantu Kum-Kum
- Orang Minyak
- Puaka
- Penanggalan/ Hantu Tenggelong
- Hantu Bidai
- Hantu Tetek/ Hantu Kopek
- Harimau Jadian
- Jembalang Tanah
Bersahabat dengan jin??
Ada yang beranggapan bahawa bersahabat dengan jin merujuk kepada seseorang yang mengikat tali persahabatan dengan makhluk halus. Persahabatan ini biasanya tidak digalakkan kerana ia mampu mendorong seseorang menjadi syirik, tetapi selalunya masih dilakukan kerana keinginan mendapat kelebihan tertentu seperti kebolehan mengubat. Kebolehan berubat merupakan bisikan dari jin yang menjurus kepada syirik kerana pengamal telah memohon kepada jin untuk menolong beliau.Persahabatan dengan jin ini juga dikenali sebagai saka.
Mereka yang bersahabat dengan jin ini perlu mematuhi beberapa syarat seperti ada yang meminta persembahan makanan, ada yang perlu dibakar kemian setiap waktu tertentu, dan ada yang mengenakan apa-apa syarat kecuali mereka ini mengerjakan amalan Islam dengan taat. Jin yang mengenakan syarat mereka yang bersahabat dengan mereka agar mengerjakan amalan Islam dengan taat biasanya dikenali sebagai jin Islam atau kaum bunian..
Cara berhubung dengan sahabat jin??
- Cara lama ialah memanggil bomoh atau pawang di dalam sesebuah kampung. Bomoh atau pawang biasanya membakar kemenyan , membaca mentera tertentu seperti bahasa Jawa , kain kuning dan dedaun-dedaun tertentu sebagi peramu atau perambas. Untuk kes yang lebih berat, kambing akan disembelih, darahnya dijadikan acak (hidangan kepada hantu) dan dihanyutkan ke dalam sungai. Daging kambing dimasak dan dimakan secara beramai-ramai. Sekarang perkara ini tidak lagi dilakukan kerana perkara itu telah diketahui sebagai syirik.
- Di Terengganu , tarian Ulek Mayang atau Main Puteri akan dipersembahkan. Sekiranya seseorang itu gagal diubati dengan cara biasa, satu upacara besar-besaran dengan tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dilakukan. Nyanyian lagi Ulik Mayang yang merdu beserta tarian ringkas , dirambas dengan tandan pinang kecil menyeru tuan puteri (bunian) agar datang menyembuhkan pesakit.
- Di banyak tempat, bomoh boleh 'menyelap' atau 'menurun' hingga boleh bertutur bahasa asing. Contohnya bahasa Siam, bahasa Jawa, bahasa Jerman dan bahasa Inggeris. Pendengar akan kehairanan kerana bagaimana jin boleh berbahasa asing walaupun sepatah dua sahaja. entah betul entah tidak bomoh tersebut berbahasa Inggeris.
- Kualiti bomoh semakin meningkat jika berasal dari Orang Asli , orang Siam atau orang Jawa. Ilmu orang Asli tentang menghalau hantu dan memanggil hantu dipercayai lebih mujarab dan sangat ditakuti.
Makhluk Halus menurut Al Quran dan sunnah??
Yang dimaksudkan dengan makhluk-makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.
Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:
“AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”
TANDA-TANDA SESEORANG ATAU KELUARGA ITU TERKENA ILMU SIHIR ATAU DISIHIRKAN;
* Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai, pukul memukul dan sebagainya.
* Hilang ceria diri dan rumah kediaman.
* Sakit yang berlari-lari atau sakit diantara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik.
* Menjelma masuk kedalam badan hingga lupa diri.
* Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan serta menakutkan seperti:
a. Api menyala dengan sendiri
b. Bunyi orang berjalan
c. Menangis
d. Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.
* Hilang ceria diri dan rumah kediaman.
* Sakit yang berlari-lari atau sakit diantara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik.
* Menjelma masuk kedalam badan hingga lupa diri.
* Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan serta menakutkan seperti:
a. Api menyala dengan sendiri
b. Bunyi orang berjalan
c. Menangis
d. Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.
Antara sebab-sebabnya ialah:
* Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
* Putus pertunangan.
* Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
* Rebutan pangkat kedudukkan dalam masyarakat, swasta dan kerajaan.
* Rebutan harta pusaka.
* Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
* Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpama.
* Putus pertunangan.
* Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
* Rebutan pangkat kedudukkan dalam masyarakat, swasta dan kerajaan.
* Rebutan harta pusaka.
* Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
* Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpama.
Sesungguhnya,Al-Quran memang memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga dengan keterangan hadis-hadis. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam. Pada dasarnya jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia kerana semulajadi kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini ia akan menghadapi masalah ketika tidur.
Um,tu je kot yang Faiz boleh sediakan tatapan untuk hari nie...
kepala da agak pening dah nie...
ok la...,nanti kite citer pasal lain2 pulak ea...,
titow dulu...,daaaa~~ muaxxxhhh....
0 comments:
Post a Comment